BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 3, 2009

Salam..
Slide rama-rama td menunjukkan betapa indahnya kehidupan rama-rama. Rama-rama yang asalnya adalah merupakan seekor ulat beluncas membina kepompong untuk dijadikan tempat kediamannya. Melalui slide tadi, ulat beluncas yang telah bertukar menjadi rama-rama yang sungguh cantik tetapi malangnya, rama-rama tidak boleh terbang. Itulah takdir rama-rama. Kisah rama-rama ini banyak kaitan dengan kehidupan kita sebagai manusia yang hidup di dunia ini. Tidak mustahil setiap orang hidup didunia ini mempunyai masalah dan setiap yang menimpa diri kita itulah takdir yang telah ditentukkan. Setiap takdir pasti mempunyai hikmah tersendiri. Oleh itu, janganlah kita bersedih sekiranya menerima pelbagai dugaan kerana kita mempunyai tuhan yang sangan pemurah yang sentiasa mendengar luahan hati kita dan insya-Allah, permohonan yang kita minta akan ditunaikan secara terang-terangan atau sebaliknya. Selain itu, janganlah kita mudah berputus asa dan berasa rendah diri kerana setiap kejadian pasti ada kelebihan dan kekurangan tersendiri seperti rama-rama yang mempunyai kelebihan iaitu kelebihan kecantikkan tetapi mempunyai kekurangan iaitu tidak dapat terbang seperti rama-rama lain. Mungkin kita mempunyai kelebihan tetapi kita selalu merunggut sekiranya mempunyai kekurangan. Kekurangan yang kita miliki mungkin kita boleh ubah dengan berusaha bersungguh-sungguh dan yakin pada diri yang kita boleh. Tidak dinafikan kehidupan ini banyak dugaan dan cabaran, namun terpulang pada diri masing-masing untuk menerimanya. Terimalah dugaan dengan hati yang reda kerana pasti ada hikmah disebalik sesuatu kejadian. sekian..

No comments:

Post a Comment