BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 1, 2009

Smartschool


Pada hari ini, kelas ICT di kendalikan oleh Puan Asmayati di mana saya mempelajari tentang smartschool iaitu sekolah bestari. Sekolah bestari adalah sebagai sebuah institusi pembelajaran yang telah direka bentuk semula secara sistematik dari segi proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan untuk menyediakan pelajar menghadapi era maklumat. Ia adalah suatu intitusi pembelajaran yang menyediakan murid untuk zaman teknologi maklumat di mana ia menggunakan multimedia dalam pembelajaran. Penggunaan mutlimedia ini sangat penting pada zaman kini kerana zaman semakin canggih dan kita dikehendaki mengaplikasikan penggunaan selaras dengan arus perubahan agar tidak ketinggalan. Setelah itu, Puan Asmayati telah memberikan kami tugasan esei berkaitan sekolah bestari yang mengandungi 5 elemen utama iaitu apa yang dimaksudkan dengan sekolah bestari?Apa perbezaan Sekolah Bestari dengan sekolah harian biasa? Apa matlamat utama objektif Sekolah Bestari? Bincang tentang peranan guru, pelajar dan keluarga bagi mencapai objektif Sekolah Bestari? dan apa kemahiran dan pengatahuan yang perlu ada pada seorang guru untuk memainkan peranan dalam pengajaran di Sekolah Bestari? ke semua maklumat ini terkandung dalam tugasan 1 yang telah saya dan rakan saya buat.

No comments:

Post a Comment