BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 3, 2009

Tahun ini kita telah dikejutkan dengan penularan virus inluenza A (H1N1) yang meruncingkan semua pihak kerana wabak ini boleh menyebabkan kematian. Wabak ini merebak melalui udara dan sehingga kini, masih belum ada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit ini. setakat ini, cara menangani wabak ini hanyalah menggunakan vaksin. Simptom-simptom virus Influenza H1N1 ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. CDC telah mengesahkan bahawa virus ini adalah berjangkit dan merebak dari seorang individu ke individu yang lain.Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana jangkitan ini terjadi. Antara langkah-langkah untuk mengelakkan H1N1 ialah kita harus mengekalakan amalan kebersihan yang sewajarnya seperti tutup mulut dan hidung setiap kali kita batuk atau bersin dengan tisu atau dengan tangan kemudian buangkan tisu dan bersihkan tangan dengan segera dengan menggunakan sabun antibakteria seperti Dettol. Seterusnya,jika sakit atau terkena selesema, langkah yang terbaik ialah dengan duduk di rumah dan elakkan diri dari pergi ke tempat yang dikerumuni orang awam. Pengaliran udara juga harus bersih untuk mengelakkan virus ini. Oleh itu semua pihak perlulah bersama-sama mengambil langkah-langkah pencegahan yang sudah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kita juga perlulah sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT agar kita di jauhi dari penyakit yang berbahaya ini dan wabak ini akan segera beransur dan pulih seperti sediakala agar kita tidak lagi berada dalam ketakutan. Amin..

No comments:

Post a Comment