BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 22, 2009

Pelan kerjaya diriku

Bermula pada 29/6/2008, hari yang tidak pernah aku lupa di mana pertama kali menjejakkan kaki ke UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI). Aku telah di tempatkan di Kolej Ungku Omar (KUO). Sampai sahaja di UPSI, aku terus memasang niat aku apabila berada di sini di mana aku ingin belajar dengan sebaiknya supaya aku berjaya mandapat ijazah dengan kelas pertama. Pelbagai dugaan dan cabaran yang harus di tempuh sepanjang hidup ku berada di sini selama 3 semestar. Pelbagai benda baru dan pengajaran aku belajar di mana aku harus manjadi seorang yang berani dan yakin pada diri semasa belajar ataupun tidak. Pelbagai tugasan yang di beri pada setiap subjek mengajar aku untuk terus belajar benda baru dan mematangkan diriku. Insya-Allah apabila keluar dari UPSI, aku akan di tempatkan di sekolah untuk menjadi seorang guru. Menjadi seorang guru Kimia tidak dinafikan banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa aku tempuh. Di mana sebelum aku mula mengajar, aku terpaksa mengulangkaji pelajaran yang ingin disampaikan pada anak didik supaya ilmu yang di sampaikan adalah ilmu yang tepat dan benar. Keadaan ini menunjukkan aku belajar sepanjang hayat. Aku akan terus melaksanakan tanggungjawab aku sebagai guru walaupun pelbagai cabaran dan halangan terpaksa di tempuh. Seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana seorang guru mesti memntngkan anak murid lebih daripada kepentingan diri. Aku akan cuba seday aupaya mengorbankan masa, tenaga tanpa rasa jemu untuk mendidik kerana profesion perguruan sememngnya matlamat dan cita-cita ku sejak kecil lagi. Sememangnya benyak kekurang dalam diri ini, tetapi, aku akan cuba menjadi kekurangan sebagai pembakar semangat untuk terus memajukan diri.
BELAJARLAH WAHAI INSAN YANG BERGELAR PENGHUNI DUNIA. BELAJARLAH SEHINGGA ANDA MASIH HIDUP UNTUK MENERUSKAN HIDUP INI SEBAGAI INSAN YANG CEMERLANG DAN BERGUNA KEPADA INSAN-INSAN YANG LAIN. JANGAN JADIKAN DIRI ANDA SEBAGAI INSAN YANG TIDAK DIHARGAI KEHADIRAN ANDA DI DUNIA INI. JADIKAN DIRI ANDA SEBAGAI SEBUAH POHON YANG RENDANG DI MANA RAMAI INSAN DI DUNIA INI DAPAT BERTEDUH DAN BERLINDUNG DI BAWAH ANDA. JADIKANLAH DIRI ANDA SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN YANG BERJAYA UNTUK MELINDUNGI ORANG-ORANG BAWAHAN ANDA. SETIAP PERKARA YANG DILAKUKAN, ANDA ADALAH SEORANG PEMIMPIN. OLEH ITU, ANDA PERLULAH MEMILIKI ILMU YANG SECUKUPNYA UNTUK MENJADI SEBUAH POHON YANG RENDANG DAN SEORANG PEMIMPIN. JUSTERU, TIMBALAH ILMU DENGAN SEBAIK-BAIKYA SEMASA ANDA BERADA DI SEKOLAH. BERILAH TUMPUAN SEPENUHNYA SEMASA GURU MENGAJAR.

No comments:

Post a Comment